Buat Habis Baik !.
Pengakap Tampin 2016

REKOD UJIAN PENGAKAP MUDA

PENGAKAP MUDA adalah bahagian kedua yang dialami seorang budak apabila ia memasuki Pergerakan Pengakap.. Bahagian ini hanya satu bahagian sahaja dalam Persaudaraan Pengakap yang mengandungi beberapa bahagian lain iaitu Pengakap Kanak-kanak, Pengakap Remaja dan Pengakap Kelana. Untuk menjadi Pengakap Muda, budak itu hendaklah telah berumur 12 tahun dan belum sampai 15 tahun. Ia tidak boleh terus kekal menjadi Pengakap Muda apabila umurnya telah sampai 16 tahun dan bersekolah di Sekolah Menengah Atas. Bahagian ini dijalankan dibawah pimpinan seorang Pemimpin Pengakap Muda dengan dibantui oleh seorang atau beberapa orang Penolong Pemimpin Pengakap Muda. Bahagian ini dibahagikan menjadi beberapa unit kecil, tiap-tiap satu terdiri dari Patrol 6 hingga 8 orang dengan seorang daripadanya menjadi Ketua Patrol. Dalam kebanyakan topik Skim Latihan ini terdapat beberapa latihan kemahiran dan pengetahuan disampaikan secara bersepadu, dengan demikian Pengakap Muda dapat mempelajari berbagai-bagai kemahiran dan bidang pengetahuan yang disusun dalam setiap latihan. Untuk mengukuhkan penguasaan kemahiran Pengakap Muda diberi program latihan, pengkayaan, pengetahuan dan pelbagai jenis aktiviti sokongan seperti aktiviti keharmonian, keagamaan, kebudayaan, kesegaran, dan perkhidmatan. Selain dari itu beberapa penyerapan mengenai topik-topik yang bersangkut paut dengan hal ehwal semasa yang hangat dibincangkan dan dilakukan dari semasa ke semasa dan perhatian kepada pemeliharaan alam sekitar, haiwan, tumbuhan dan perkhidmatan kemasyarakatan. Setelah Pengakap Muda melalui program latihan asas, ia dilatih pula dengan aktiviti pengkayaan pengetahuan berdasarkan perkembangan kepintarannya melalui program berbagai aktiviti yang disediakan ini, adalah diharapkan pada akhir latihan ini ia akan dapat memperkembangkan mental dan bakat, mempunyai semangat berdikari dan bekerjasama.

Unknown Unknown Author

visitors

Labels

Hubungi kami






Labels

Labels Cloud

Labels List Numbered

PENGAKAP TAMPIN

Popular Posts