Buat Habis Baik !.
Pengakap Tampin 2016

Tip untuk berkhemah







Tip untuk berkhemah 

1. Pemilihan Tapak Perkhemahan 
a) Tanah yang rata
b) Ada perlindungan dari angin seperti tempat berbukit
c) Berdekatan dengan punca air
d) Mendapat sinaran matahari
e) Mempunyai hubungan dengan jalan, trek atau denai

2. Mendirikan Khemah :
a) Dipasang di atas tapak yang sesuai yang telah dipilih
b) Bahagian belakang khemah menghadap arah angin
c) Di tempat berpasir atau tanah lembut gunakan kayu untuk menguatkan pacakkan bagi mengukuhkan khemah, begitu juga pada khemah di kawasan yang terdedah kepada gangguan angin d) Pancang khemah hendaklah bersudut tepat/seimbang dengan tanah apabila dipacak

3. Larangan Semasa Berkhemah :

a) Jangan berkhemah terlalu dekat dengan punca air
b) Kawasan lalang ( bahaya bintang jenis melata dan kebakaran merebak dengan cepat )
c) Semak samun atau kawasan belukar
d) Tanah Lembap berpaya, berlumpur atau berlopak
e) Diatas tebing tinggi dan curam
f) Dibawah pokok rimbun atau dahan mati
g) Kawasan berbatu dan berpasir ( susah memacak pancang )
h) Di lereng bukit dan kawasan cenuram
i) Jangan membawa masuk bahan berunsur kimia atau gas kedalam khemah contoh: lantern/stove

Sumber : Ucapan terima kasih kepada Nadzirah Bt Jusoh@Jaafar
Unknown Unknown Author

REKOD UJIAN PENGAKAP MUDA

PENGAKAP MUDA adalah bahagian kedua yang dialami seorang budak apabila ia memasuki Pergerakan Pengakap.. Bahagian ini hanya satu bahagian sahaja dalam Persaudaraan Pengakap yang mengandungi beberapa bahagian lain iaitu Pengakap Kanak-kanak, Pengakap Remaja dan Pengakap Kelana. Untuk menjadi Pengakap Muda, budak itu hendaklah telah berumur 12 tahun dan belum sampai 15 tahun. Ia tidak boleh terus kekal menjadi Pengakap Muda apabila umurnya telah sampai 16 tahun dan bersekolah di Sekolah Menengah Atas. Bahagian ini dijalankan dibawah pimpinan seorang Pemimpin Pengakap Muda dengan dibantui oleh seorang atau beberapa orang Penolong Pemimpin Pengakap Muda. Bahagian ini dibahagikan menjadi beberapa unit kecil, tiap-tiap satu terdiri dari Patrol 6 hingga 8 orang dengan seorang daripadanya menjadi Ketua Patrol. Dalam kebanyakan topik Skim Latihan ini terdapat beberapa latihan kemahiran dan pengetahuan disampaikan secara bersepadu, dengan demikian Pengakap Muda dapat mempelajari berbagai-bagai kemahiran dan bidang pengetahuan yang disusun dalam setiap latihan. Untuk mengukuhkan penguasaan kemahiran Pengakap Muda diberi program latihan, pengkayaan, pengetahuan dan pelbagai jenis aktiviti sokongan seperti aktiviti keharmonian, keagamaan, kebudayaan, kesegaran, dan perkhidmatan. Selain dari itu beberapa penyerapan mengenai topik-topik yang bersangkut paut dengan hal ehwal semasa yang hangat dibincangkan dan dilakukan dari semasa ke semasa dan perhatian kepada pemeliharaan alam sekitar, haiwan, tumbuhan dan perkhidmatan kemasyarakatan. Setelah Pengakap Muda melalui program latihan asas, ia dilatih pula dengan aktiviti pengkayaan pengetahuan berdasarkan perkembangan kepintarannya melalui program berbagai aktiviti yang disediakan ini, adalah diharapkan pada akhir latihan ini ia akan dapat memperkembangkan mental dan bakat, mempunyai semangat berdikari dan bekerjasama.

Unknown Unknown Author

Koleksi Rekod Ujian Lencana Pengakap Kanak-Kanak

Lencana Keahlian
Sebelum dilantik menjadi ahli serta mendapat lencana keahlian, seseorang budak itu akan diuji dalam perkara-perkara berikut:
1. Makna lambang Pengakap Malaysia dan lambang Pengakap Sedunia.
2. Persetiaan Pengakap dan undang-undang Pengakap.
3. Lima prinsip Rukunegara.
4. Hormat Pengakap dan cogankata Pengakap
5. Sejarah pergerakan Pengakap.
6. Cerita hutan.
7. Laung Agung.
Koleksi Rekod Ujian Lencana Pengakap Kanak-Kanak

Unknown Unknown Author

KURSUS PEMANTAPAN KEPIMPINAN PENGAKAP DAERAH TAMPIN KALI KEDUA

KURSUS PEMANTAPAN KEPIMPINAN PENGAKAP DAERAH TAMPIN KALI KEDUA


Pada tarikh berkenaan, barisan pentadbiran pengakap daerah Tampin telah menganjurkan satu bengkel pemantapan kepimpinan daerah Tampin bagi tahun 2016 buat kali kedua

Bengkel ini bertujuan untuk memantapkan pemimpin pengakap di sekolah di samping membina modul untuk rekod ujian pengakap kanak-kanak, pengakap muda dan pengakap remaja

Hasilnya , kami membina rekod ujian untuk di kongsikan bersama.


TARIKH : 10 NOV 2016
TEMPAT : PKG TAMPIN

MASA     : 8 PAGI-5.00 PETANG








Unknown Unknown Author

Pentaulihan Pengakap Raja 2016

Program : Pentaulihan Pengakap Raja
Tarikh : 31.10.16
Tempat : Hotel Ramada Melaka


Unknown Unknown Author

Anugerah Remaja Perdana Tahap Emas

Program : Anugerah Remaja Perdana Tahap Emas
Tarikh : 27 Oktober 2016
Tempat : Hotel Bangi Putrajaya


Unknown Unknown Author

Program : Kem Orientasi 1 Malaysia
Tarikh : 27 - 29 Mei 2016
Penglibatan : Kumpulan 17 Pengakap Tampin (SMK Tunku Besar Tampin)


Unknown Unknown Author

Gotong Royong selepas banjir

Aktiviti : Gotong Royong selepas banjir
Tarikh : 20 Februari 2016
Tempat : Air Kuning Selatan
Penglibatan : Pengakap Kumpulan 17 Tampin (SMK Tungku Besar Tampin)



Unknown Unknown Author

Ekspidisi Jalan Kaki & Medaki Gunung Datuk

Pada Tarikh 30.9.16 - 2.10.16 Kumpulan pengakap Tampin 17 daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Besar Tampin telah mengadakan Ekspidisi Jalan Kaki & Medaki Gunung Datuk. Aktiviti ini telah dipimpin oleh Tuan Ikhwan.

Unknown Unknown Author

WORLD JOTA JOTI

WORLD JOTA JOTI

TARIKH : 15 OKTOBER 2016
TEMPAT : KEM BUKIT PUTUS, SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

Bagi bersama-sama Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan , Kami kontigen daripada Tampin telah bersama-sama mengikuti World Jota-Joti yang berlangsung di Kem Pengakap Bukit Putus, Seremban. Negeri Sembilan.







Aktiviti yang telah dilaksanakan :

1: Semaphore
2 : HF QSO
3 : VHF Repeater QSO
4 : Phonics for amature radio
6 : VHF QSO


Aktiviti telah berjalan dengan lancar :)
Unknown Unknown Author

Perkhemahan Pengakap Lencana Keris Emas dan Lencana Maju

PERKHEMAHAN PENGAKAP LENCANA KERIS EMAS DAN LENCANA MAJU

TARIKH : 7-9 OKTOBER 2016
TEMPAT : SMK DATO' MOHD TAHA, GEMENCHEH

Bagi tahun 2016 ini , kami sebagai pempin pengakap daerah Tampin, menganjurkan Perkhemahan Pengakap Lencana Keris Emas dan Lencana Maju. Pelbagai aktiviti telah dirancang dan semua berjalan dengan baik.

Aktiviti-aktiviti yang telah berjaya dijalankan :

1 : Gabungan bersama Hari Sukan Negara
2: Pertolongan cemas
3 : Ikatan dan simpulan
4 : Aktiviti berhalangan
5 : Malam kebudayaan
















Unknown Unknown Author

KURSUS PEMANTAPAN KEPIMPINAN PENGAKAP DAERAH TAMPIN

TARIKH : 24 SEPT 2016
TEMPAT : PKG TAMPIN
MASA     : 8 PAGI-5.00 PETANG

Pada tarikh berkenaan, barisan pentadbiran pengakap daerah Tampin telah menganjurkan satu bengkel pemantapan kepimpinan daerah Tampin bagi tahun 2016.

Bengkel ini bertujuan untuk memantapkan pemimpin pengakap di sekolah di samping membina modul untuk rekod ujian pengakap kanak-kanak, pengakap muda dan pengakap remaja

Hasilnya , kami mebina rekod ujian untuk dikongsikan bersama.










Unknown Unknown Author


Unknown Unknown Author


Unknown Unknown Author









Lencana Keahlian 

Unknown Unknown Author

visitors

Labels

Hubungi kami






Labels

Labels Cloud

Labels List Numbered

PENGAKAP TAMPIN

Popular Posts