Tip untuk berkhemah
19:40Tip untuk berkhemah
1. Pemilihan Tapak Perkhemahan
a) Tanah yang rata
b) Ada perlindungan dari angin seperti tempat berbukit
c) Berdekatan dengan punca air
d) Mendapat sinaran matahari
e) Mempunyai hubungan dengan jalan, trek atau denai
2. Mendirikan Khemah :
a) Dipasang di atas tapak yang sesuai yang telah dipilih
b) Bahagian belakang khemah menghadap arah angin
c) Di tempat berpasir atau tanah lembut gunakan kayu untuk menguatkan pacakkan bagi mengukuhkan khemah, begitu juga pada khemah di kawasan yang terdedah kepada gangguan angin d) Pancang khemah hendaklah bersudut tepat/seimbang dengan tanah apabila dipacak
3. Larangan Semasa Berkhemah :
a) Jangan berkhemah terlalu dekat dengan punca air
b) Kawasan lalang ( bahaya bintang jenis melata dan kebakaran merebak dengan cepat )
c) Semak samun atau kawasan belukar
d) Tanah Lembap berpaya, berlumpur atau berlopak
e) Diatas tebing tinggi dan curam
f) Dibawah pokok rimbun atau dahan mati
g) Kawasan berbatu dan berpasir ( susah memacak pancang )
h) Di lereng bukit dan kawasan cenuram
i) Jangan membawa masuk bahan berunsur kimia atau gas kedalam khemah contoh: lantern/stove
Sumber : Ucapan terima kasih kepada Nadzirah Bt Jusoh@Jaafar